Type something and hit enter

ads here
On
advertise here
Kemenangan Parti AKP di Turki membuktikan bahawa dasar dan perjuangan yang dibawa oleh parti tersebut semakin diterima baik oleh rakyat Turki di semua lapisan. Kemenangan penggal ketiga semenjak tahun 2002 ini menunjukkan peningkatan undian walaupun gagal mencapai sasaran 2/3 kerusi yang dipertandingkan. AKP memenangi 325 kerusi daripada 550 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang 12 kerusi sahaja daripada sasaran tersebut. 

Dari sudut peratusan, peningkatan yang agak ketara dapat dilihat apabila pada pilihan raya kali ini AKP memperolehi 49.9% berbanding 47% pada pilihan raya tahun 2007 dan 37% pada pilihan raya tahun 2002. Ini adalah suara 50 daripada 73 juta rakyat yang layak mengundi di negara tersebut, jumlah yang jauh berkali ganda besarnya daripada negara kita, Malaysia.


Menurut pemerhatian semasa, faktor utama kepada kejayaan AKP semalam adalah hasil daripada kerja keras khususnya dalam pengurusan ekonomi negara, mereka boleh berbangga dengan pencapaian konsistensi peningkatan sehingga mencapai jumlah 8.9% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tersebut pada tahun 2010 yang lalu. KDNK per kapita juga me-ningkat sekali ganda semenjak AKP mengambil alih tampuk pemerintahan di Turki pada tahun 2002 sehingga kini.

Selain itu kelantangan pemimpin utama AKP sebagai Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dalam isu-isu hak asasi manusia dan isu-isu melibatkan dunia Islam khususnya di Paletin dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada sokongan padu rakyat.

Beliau pernah mengkritik secara terbuka Perdana Menteri Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia di PBB dan terus keluar daripada majlis tersebut selain tegar dan terus menghantar kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Turki sekalipun diancam berkali-kali oleh Israel. Malah beliau mengeluarkan amaran keras kepada Israel andai terus berani menyekat bantuan tersebut, Turki akan mengisytiharkan perang kepada Israel.

Apakah rahsia parti AKP mengungguli pilihan raya itu sehingga parti-parti ultra sekular sendiri tumpas mengejut?

Sebenarnya AKP yang berpengkalan di Istanbul berbicara kepada rakyat Turki dengan bahasa model dan menggunakan contoh actions speaks louder more than words. Kuasa sama yang diwarisi daripada penguasa Istanbul. Kelantangan pemimpin utama AKP sebagai Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dalam isu-isu hak asasi manusia dan isu-isu melibatkan dunia Islam khususnya di Palestin dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada sokongan padu rakyat.

Inilah kerana kerajaan AKP mengamalkan dasar actions speaks louder more than words.

Antara bahasa dan kuasa contoh yang digunakan oleh AKP sepanjang mereka berkuasa di Turki adalah :
  • Menggandakan pendapatan perkapita Turki sebanyak dua kali ganda menyebabkan pertumbuhan ekonomi Turki meningkat 7.3% hingga 8.9%.
  • Meningkatkan peratusan ekonomi Turki sebanyak 9% hingga 10% peratus setahun, mengurangkan inflasi sebanyak 8.2% dan menurunkan kadar pengangguran sebanyak 10.3%.
  • Menyenaraikan Turki buat pertama kali dalam sejarah Turki dan Arab sendiri dalam senarai 10 negara paling berjaya menarik banyak Foreign Direst Invest (FDI).
  • Menghidupkan semula hampir 700 projek pembangunan yang terbengkalai pada era pemerintahan sekular sejak 1960 lagi.
  • Membina semula Bolu Tunnel yang musnah dalam gempa bumi Turki tahun 1999. la melibatkan kos sebanyak USD900 juta.
  • Membina semula Lebuhraya Black Sea Costal yang gagal dibina semula 19 kerajaan sebelum AKP. la disebabkan rasuah pemimpin sehingga bekas menteri-menteri seperti Topcu dan Safa Giray dibicarakan di mahkamah.
  • Menyempurnakan projek The Samsun Local Road.
  • Menghidupkan projek Bursa Local Highway yang tergendala selama 21 tahun.
  • Memajukan semula Batman State Hospital dalam tempoh hanya tiga tahun dan terus dibukan kepada orang awam.
  • Menghidupkan semula Izmir State Hospital yang memberikan khidmat yang dirasai 50 ribu orang rakyatnya.
  • Membina semula Fethiya State Hospital yang terbengkalai semenjak 1995 dengan kos 250 juta.
  • Menyelamatkan projek The Sabiha Gok-cen Airport yang dicetuskan pada 1995 oleh Mesut Yilmaz, bekas perdana menteri Turki.
  • Mengubah reputasi Turki daripada label The Sick Man of Europe serta kudis eropah kepada negara yang mendapat perhatian dunia apabila dibenarkan memohon masuk Kesatuan Eropah. Istanbul menjadi bandar ketiga terbaik Eropah selepas Florence dan Rom serta kelapan terbaik dunia pada masa kini. Ia berdasarkan kajian oleh majalah New York Travel dan Leisure.
  • Meningkatkan  akses rakyat  kepada khidmat kesihatan dan menyediakan buku-buku teks sekolah secara percuma. Mereka juga membina penempatan murah kepada golongan fakir.
  • Memasukkan Turki ke dalam 27 negara kaya-raya dalam Kesatuan Eropah. Intipati dan asas utama yang paling jelas dan praktikal sehingga mampu mengekalkan AKP buat penggal ketiga tidak lain adalah kekuatan ekonomi mereka yang semakin subur dan digunakan dengan sangat efisien serta saksama.

Click to comment