Type something and hit enter

ads here
On
advertise here
Suatu hari seorang suami pulang dari tempat kerja dan mendapati tiga orang anaknya sedang bermain di luar rumah. Semuanya bermain lumpur, dan masih memakai pakaian tidur. Ini bererti dari bangun tidur sampai ke saat petangnya, mereka masih belum mandi dan belum berganti pakaian. Lalu sang suami melangkah laju menuju ke perut rumah melihat apa yang sebenarnya telah berlaku. Ternyata, kotak-kotak bungkusan makanan tersebar berterbangan di mana-mana, bertebaran tidak karuan dan pintu rumah ke semuanya dalam keadaan lompong terbuka.

Masya-Allah, kacau berantakan bagai tongkang yang sedang tenggelam. Ada lampu pecah, posisi permaidani yang tidak seperti hari-hari sebelumnya, televisyen dan radio dalam keadaan on dan dengan volume maksimum. Pakaian acak-acakan berterbangan ke seluruh penjuru ruangan.

Dapur? Sudah itu jadi tempat cucian piring yang kini penuh dengan pinggan dan kuali kotor, sisa-sisa minyak yang tidak dibersihkan. Sisa makanan pagi tadi masih ada di atas meja makan. Kotor!

Sang suami cuba melihat tingkas atas. Ia langkahi berhati-hati anak-anak patung yang berserakan di sepanjang lantai, mencari isterinya, mana tahu ada masalah serius yang berlaku.

Sampai ditingkat atas, sang suami terus dikejutkan oleh bunyi air yang melimpah dari bilik mandi, sabun telah berubah menjadi buih. Ditutupnya paip tersebut lalu terus meluru ke bilik tidur, ia dapati isterinya sedang baring ketiduran sambil mendengar walkman?!!

Melihat kepanikan sang suami, sang isteri memandang kepadanya dengan tersenyum. Dengan penuh kehairanan sang suami bertanya kepada isterinya, "Apa yang terjadi hari ini wahai isteriku?!!".

Sekali lagi si isteri tersenyum seraya berkata, "Bukankah setiap kali pulang kerja abang bertanya dengan membentak, ‘Apa sahaja yang kamu kerjakan hari ini?!’, bukankah begitu wahai suamiku?".

"Betul", jawab sang suami.

"Baik", kata isterinya, "Hari ini, saya tidak lakukan apa-apa yang biasa saya kerjakan".

Mesej yang ingin disampaikan di sini adalah :
  • Penting sekali semua orang memahami, orang lain mati-matian dalam menyelesaikan pekerjaannya dan betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang lain agar kehidupan ini tetap stabil.
  • Tidak ada sesiapapun yang boleh mendakwa dan mengira bahawa dialah satu-satunya orang yang habis-habisan dalam berkorban, menanggung beban, menghadapi kesulitan dan masalah serta menyelesaikannya.
  • Hargailah jerih payah orang lain dan jangan melihat dari sudut pandang yang sempit. Apapun, jangan khuatir usaha kita tidak dihargai, tetapi khuatirlah apabila diri kita tidak berharga lagi.

Click to comment